TERMA & SYARAT

SILA BACA DENGAN TELITI

Syarat-syarat Penyertaan 


1. Terbuka kepada pelajar yang berumur 18 tahun dan ke bawah. 

2. Warganegara Malaysia sahaja. 

3. Mesti komited untuk membangunkan tahap bermain catur. 

4. Mesti komited untuk bermain di LPCSM secara bersungguh-sungguh. 

5. Buat masa ini, penyertaan dihadkan kepada 100 pemain pertama. 


Syarat Permainan 


1. Pemain akan bermain Rapid selama 7 minit.

2. Pemain akan bermain menggunakan platform Chess.com

3. Pemain wajib membuka akaun Chess.com untuk bermain. 

4. Pemain akan bermain sebanyak 9 pusingan setiap pertandingan. 

5. Pairing bagi setiap pusingan akan ditentukan secara otomatik oleh Chess.com 


Jadual pertandingan


1. Pertandingan akan dijalankan setiap Sabtu bermula 8pm - 10.30pm. 

2. Pertandingan akan berjalan selama 2 jam 30 minit. 

3. Pertandingan pertama dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu 31/10 jam 8.30pm.

4. Sekiranya terdapat perubahan dalam jadual pertandingan, semua pemain akan diberitahu seminggu sebelum jadual pertandingan melalui whatsapp mahupun Facebook Group. 

5. Pemain yang gagal bermain pada jadual yang ditetapkan akan dikira sebagai kalah dan akan dimasukkan ke dalam liga yang berkenaan. 

6. Sekiranya pemain tersebut berada di dalam Liga Arena dan gagal bermain ketika jadual pertandingan sebanyak 2 kali berturut-turut, pemain tersebut secara otomatik akan terkeluar dari LPCSM. 

7. Pemain yang terkeluar perlu mendaftar semula untuk menyertai LPCSM serta perlu membuat pembayaran yuran pendaftaran semula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan